Monday, July 11, 2011

Apa Aku Rasa.

Apa aku rasa...

Masa kecil aku takut
Disuruh ikut, aku ikut
Disuruh turut, aku turut
Aku turut sambil aku lihat
Aku lihat dan aku nampak
Aku nampak dia segak
Aku nampak dia bijak
Aku nampak dia cekap
Sungguh hebat

Itu apa yang aku nampak
Depan belakang kiri kanan
Kulit topeng luaran
Aku belum puas aku terus lihat
Kini dalamnya sudah terkopak
Terkopak ditutup terkopak lagi
Aku tidak mahu lihat
Tetapi aku nampak

Aku tak suka dan aku geli
Sungguh jijik dan sungguh hapak
Mulanya aku ingat ianya tepat
Tetapi rupanya tidak
Harap boleh diubat
Tetapi makin tenat
Makin tenat masih buat jahat
Owhh ! aku penat aku meluat



Kini aku dewasa, aku sudah peka
Aku peka aku rasa
Dan aku bisa beza
Antara intan dan kaca
Antara emas dan suasa
Aku tidak mahu lagi ikut dan turut buta buta
Dan aku bukan lupa aku bukan gila
Aku cuma mahu dia buka mata pasang telinga
Dengar dan terima
Suara aku, kamu, kita semua
Supaya aku dapat lihat dah terus lihat
Dia yang segak, bijak dan cekap
Dia yang jujur, adil dan hebat

Jangan salah sangka ...
Aku sayangkan Rumah kita
Pastinya kamu juga
Aku sayangkan Keluarga kita
Pastinya kamu juga
Aku sayangkan Anak Anak kita
Pastinya kamu juga

Aku cuma mahu dia tahu dan tidak lupa
Tanpa suara aku, kamu, kita semua
Dia hanyalah Dia
Tidak ada apa-apa...
Tidak ada apa-apa...
Tidak ada apa-apa...

Aku...
Luqman Kamis

Friday, July 8, 2011