Thursday, January 26, 2012

Silap Lalu.



(Phonic)

Siapa sangka duk atas leh jatuh tiba-tiba

Tapi tu lah jadi kat diri aku nak citer

Sedang seronok enjoy tak peduli apa-apa

Sekali datang musibah yang tak diduga

Pedih terasa, hati macam terseksa

Mencari erti, supaya diri mengerti segala

Kesimpulan tersirat atas apa yang terjadi

Ni ke petunjuk yang ditunjukkan dari ilahi?

Wujud macam-macam lagi persoalan

Rupanya aku lupa dah wat banyak kesilapan

Tapi naper sekarang bukan dari dulu

Mungkin ke Tuhan dah banyak bagi muka kat aku?

Keliru, nak jumpa kawan-kawan pun malu

Tersenyum, tapi dalam hati siapa tau?

Pengalaman bagi aku pengajaran

Ulangi kesilapan adalah kesilapan

Aku sedar ni suma dah diaturkan

Dan mulalah mulut keluarkan ungkapan


kebaikan macam mana yang harus kita lakukan

kebaikan macam mana yang harus kita jalankan(2x)


(DMent)

"Oh tuhan, ampunkan semua kesilapan"

Ucapan biasa yang sering dikatakan

Tapi banyak yang lupa, biar diri hanyut

Ulang dan ulang yang buruk masih diikut

Jadi hari-hari, boleh jadi keluarga sendiri

Korang mesti merasai, pasti pernah lalui

Bila tuhan tarik nikmat,baru dapat kesedaran

Baru nak ingat,tapi dah putus harapan

Nanti dulu, teruskan berjalan berdepan rintangan

Jangan berhenti bila penyesalan menyerang perasaan

Saranan mengelirukan,lepas buat kesalahan

Jangan risau ada jalan penyelesaian

Kesalahan satu fitrah benda yang lumrah

Pagi takkan slalu gelap pasti akan cerah

Jalanan berliku tak mungkin semua indah

Namun yang dah lepas, biarkan jadi sejarah

Yang penting insafi terus pandang ke depan

Muhasabah diri, yang lain serah pada tuhan


kebaikan macam mana yang harus kita lakukan

kebaikan macam mana yang harus kita jalankan(2x)


(Nara Merah)

Kalau aku dapat putarkan, segala waktu

Pasti aku akan kembali, ke masa lalu

Kalau aku bisa padamkan, dosa-dosaku

Pasti aku takkan ulangi, kealpaanku

Inilah realiti kini yang aku hadapi

Bercelaru terkeliru dugaan duniawi

Yang pasti, setiap ketelanjuran mula aku kesali

Malu menghadap Tuhan selepas peluang berkali

Kali ini ku yakin, cabaran tak berhenti

Disogok usia remaja hanya datang sekali

Tapi lupa semua itu bersifat sementara

Ada lagi yang abadi tunggu kat atas sana

Tenung-tenung balik orang disekeliling kita

Menyeru kebaikan tu tanggungjawab bersama

Sedarlah fitnah konspirasi melanda dunia

Mana benteng diri benteng iman bila ditanya

Dua jalan terbentang, pilihlah satu saje

Setapak melangkah tiada lagi peluang kedua


kebaikan macam mana yang harus kita lakukan

kebaikan macam mana yang harus kita jalankan(2x)