Monday, March 28, 2011

Buang Saja Cintamu!

terbakarlah..biar terbakar!
semua rautmu dalam kanvas hidupku
semua desah nafasmu dalam relung hatiku
kerana api adalah abu yang berlalu

hanyut..maka hanyutlah!
segala manis yang melarut dalam darah dan nadiku
segala sampan yang kau kayuh untuk jiwaku
kerana laut adalah raja segala pilu

maka luruh…dan sejatilah kau meluruh!
menggenapkan semua lekuk senyummu
mengguratkan pedih yang melirih

: yang telah kucampakan dalam haru hari-hariku

kerana cinta hanyalah cinta
tak ada kata dalam dirinya
biarlah ia bicara dalam rasa.

2 comments: