Wednesday, March 30, 2011

Kawan?

Kawan.
Apa itu kawan?
Sekali tanya soalan ini cukup lekeh. Mengarut. Tak relevan.
Tetapi kebanyakan dari kita gagal untuk menjawab soalan ini. Kegagalan inilah yang menyebabkan sesetengah persahabatan gagal dan ada yang memboikot.

Noktah sebentar.

Kawan.
Kawan ada bermacam ragam.
Ada kawan yang suka bercerita- segala macam masalah, suka duka, peristiwa mahu diceritakan. Kawan seperti ini- pasti kita tidak lekang dari bermesej/bersembang dengannya.

Ada kawan pula yang suka memendam-
kalau sedih, sakit, gembira, semuanya dirahsiakan untuk dirinya sahaja.
Kawan ini selalunya sanggup menggembirakan orang lain dari dirinya.
Biarlah dirinya sahaja yang tidak gembira- asalkan kawannya bahagia.

Ada juga kawan yang suka mendengar-
ceritalah apa-apa pun, dia pasti sudi menghulurkan 'telinganya'.
Kawan ini biasanya matang. Cool. Pandai menasihati.
Dan kita sangat selesa bersembang dengannya.

Noktah Sebentar.




*Kawan. Apa itu kawan? HAHA

No comments:

Post a Comment